Tuesday 29 January 2013

Keluarga & Kematian



Dalam sesebuah keluarga ada ketetapannya, 

ada suami+isteri dan anak2nya, 

sama ada dari anak yang sulung,

anak tengah dan anak bongsu.. 

Begitulah ketetapannya sebab ada urutan.. 


Tetapi.. bagaimana pula perihalnya dengan kematian??..

Seandainya kematian itu sama seperti ketetapan urutan dalam

sebuah keluarga, suami dahulu meninggal, kemudian isterinya,

anak yang sulung, anak tengah dan seterusnya.. pasti manusia

sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi kematian sebab tahu

giliran siapa yang seterusnynya.. Allahukahbar, kematian adakah

urutannya.. sudah tentu tidak kan.. kematian tidak mengenal usia..

tak kira muda atau tua, sihat ataupun sakit..

anaknya sakit teruk tetapi ibunya yang sihat telah pergi dulu

menghadap Ilahi.. begitulah kuasa Allah.. setiap apa yang berlaku

semuanya atas kekuasaan dan pengetahuanNYA.. dan yang paling

penting Persediaan bagaimana yang akan kita lakukan untuk

menghadapinya pada bila-bila masa sahaja..

Maaf dan memaafkanlah, hargai dan menghargailah selagi nafas

yang percuma ini masih mampu bernafas. Bersyukur dan

mensyukurilah nikmat yang sentiasa Allah kurniakan buat hamba-

hambanya..

"Maka Nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan"..

~Semoga Bermanfaat~

::Menggapai Redha Ilahi::

Thursday 24 January 2013

Rasulullah SAW Kekasih Ilahi


Saatku merindukan diri mu
Jiwa meronta dalam doa
Oh, gerhananya hatiku Rasulullah..
Walau dirimu selalu di hina
Mereka selalu mentertawa
Tabahnya hatimu oh kekasih Allah..

Bagaikan siang diterang mentari
Bagai cahaya diterang bulan purnama
Hadirmu beri erti hidup bahagia
Di akhirat juga d dunia
Andainya dikau masih ada lagi
Adakah kau merestui hidupku ini
Terimalah selawat pengikat kasih
di sini, kau ku rindui...

Rasulullah..
Merinduimu tanpa Melihat mu..
Mencintaimu tanpa pernah bersua denganmu..
Menangisi pemergianmu..
Walau tidak pernah bersua denganmu..
Rasulullah :'( ..

Tika ajalmu ditarik lembut
Berduka sahabat di sisi
Meratapi pergimu kekasih Illahi..

Bagaikan siang diterang mentari
Bagai cahaya diterang bulan purnama
Hadirmu beri erti hidup bahagia
Di akhirat juga di dunia
Andainya dikau masih ada lagi
Adakah kau merestui hidupku ini
terimalah selawat pengikat kasih
di sini, kau ku rindui...

#Rasa Cinta, Kasih, Sayang dan Rindu kita kepada Rasulullah SAW bukannya bermusim dan pada hari kelahiran Baginda sahaja.. Tetapi kekalkan dan tingkan rasa itu pada setiap hari dengan mengamalkan, menghidupkan Sunnah, menghayati Sirah dan perjuangan Rasulullah dan para sahabat baginda..
Semoga kita tersenarai mendapat Syafaat Rasulullah SAW di Akhirat kelak..

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم