Tuesday 29 January 2013

Keluarga & Kematian



Dalam sesebuah keluarga ada ketetapannya, 

ada suami+isteri dan anak2nya, 

sama ada dari anak yang sulung,

anak tengah dan anak bongsu.. 

Begitulah ketetapannya sebab ada urutan.. 


Tetapi.. bagaimana pula perihalnya dengan kematian??..

Seandainya kematian itu sama seperti ketetapan urutan dalam

sebuah keluarga, suami dahulu meninggal, kemudian isterinya,

anak yang sulung, anak tengah dan seterusnya.. pasti manusia

sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi kematian sebab tahu

giliran siapa yang seterusnynya.. Allahukahbar, kematian adakah

urutannya.. sudah tentu tidak kan.. kematian tidak mengenal usia..

tak kira muda atau tua, sihat ataupun sakit..

anaknya sakit teruk tetapi ibunya yang sihat telah pergi dulu

menghadap Ilahi.. begitulah kuasa Allah.. setiap apa yang berlaku

semuanya atas kekuasaan dan pengetahuanNYA.. dan yang paling

penting Persediaan bagaimana yang akan kita lakukan untuk

menghadapinya pada bila-bila masa sahaja..

Maaf dan memaafkanlah, hargai dan menghargailah selagi nafas

yang percuma ini masih mampu bernafas. Bersyukur dan

mensyukurilah nikmat yang sentiasa Allah kurniakan buat hamba-

hambanya..

"Maka Nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan"..

~Semoga Bermanfaat~

::Menggapai Redha Ilahi::

No comments:

Post a Comment